Pengurusan Sekolah Sekolah_Kluster_Kecemerlangan

Pimpinan

Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua gred DG 52 atau Guru Besar gred DG 36;
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang; dan
  • Jawatan Pengetua/Guru Besar adalah jawatan berasaskan sekolah.

Guru

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan kedudukan mereka di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut bidang kebitaraan sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan; dan
  • Nisbah kelas dengan guru ialah 1:2 (Sebuah kelas bersamaan dengan 2 orang guru).

Pemilihan Pelajar

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:

  • Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
  • Pengurusan sumber manusia dan fizikal
  • Sumber kewangan
  • Pembangunan profesionalisme staf
  • Program kurikulum dan kokurikulum efektif
  • Lulusan sekolah berkualiti - pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
  • Terma rujukan (TOR) Sekolah Kluster

Autonomi

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah ialah:

  • Bentuk Umum, untuk semua sekolah; dan
  • Bentuk Khusus, mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan bidang kebitaraannya.

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada pematuhan piawai yang berikut:

  • Akta Pendidikan 1996;
  • Sistem Pendidikan Kebangsaan;
  • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan, Garis Panduan dan Surat-surat Siaran; serta
  • SKPM.

Senarai Bidang Autonomi:

  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan agensi lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

  • Biasiswa
  • Kewangan/Dana
  • Program Kecemerlangan Akademik
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya